MaSa ItU EmAs

Tuesday, 29 January 2013

Toyota Kembali Pengeluar Kenderaan Terbesar Dunia


TOKYO 28 Jan. - Tiga buah syarikat pengeluar kenderaan Jepun, Toyota, Nissan dan Honda telah merekodkan peningkatan jualan pada tahun lalu, sekali gus menyaksikan Toyota menjadi pengeluar kenderaan terbesar dunia.

Berikutan itu, Toyota berjaya mengatasi General Motors (GM) dari Amerika Syarikat (AS).

Keputusan jualan pada tahun lalu memperlihatkan pemulihan ketiga-tiga pengeluar kenderaan itu selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan jualan dan pengeluaran pada 2011.

Selain itu, pemulihan berlaku akibat permintaan kukuh di pasaran negara-negara utama Asia dan Amerika Syarikat. 

Pemulihan itu telah membantu mengimbangi krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi di China yang berpunca daripada masalah hubungan diplomatik antara China dan Jepun. 

Pada Isnin lalu, Toyota berkata, jualan tahun lalu meningkat sebanyak 22.6 peratus kepada 9.75 juta kenderaan, sementara Nissan telah memperlihatkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus pada tahun lalu, meningkat kepada 4.94 juta buah kenderaan. 

Pengeluar kenderaan nombor tiga di Jepun, Honda, telah mencatatkan jualan sebanyak 3.81 juta kenderaan pada tahun 2011.

Angka terbaharu itumengesahkan Toyota kembali meningkat dalam jualan global setelah ditewaskan oleh GM pada 2011 yang berpunca daripada bencana alam.

Krisis banjir di Thailand yang menempatkan kilang pengeluaran kereta Jepun pada tahun yang sama juga telah dirujuk sebagai tahun yang teruk, kata penganalisis ekonomi Nomura, Masataka Kunugimoto.

Kata Kunugimoto, tahun lalu merupakan tahun kembali pulih dan kembali normal. - AFP

No comments:

Post a Comment