MaSa ItU EmAs

Friday 23 November 2012

Hanya Sekadar Pendapat Aku Sahaja!!!


Pada pendapat aku lah, sikap boikot-memboikot dikalangan rakyat Malaysia ke atas barangan kepunyaan Yahudi adalah lebih kepada bersifat bermusim dan bukannya kepada ketetapan pendirian. 

Contoh hari itu, beria-ia lah di facebook menyuruh orang ramai memboikot produk McDonalds, malah ada yang buat demotrasi di hadapan premis-premis restoran McDonalds di Malaysia. Tapi hari ini, tup-tup aku tengok bukan main ramai lagi orang makan di restoran McDonalds, mungkin disebabkan dia orang ini tak tahan nak makan Big Mac kot, hu hu hu. Itu belum lagi yang beli barangan jenama terkenal lain kepunyaan Yahudi.

Bukan lah tujuan utama aku untuk menghina niat murni mereka semua untuk memboikot, cuma  ini sekadar pendapat dan padangan aku sahaja. Kalau lah semua rakyat Malaysia tetap dengan pendirian mereka, itu kan bagus.

Boikot-memboikot barangan Yahudi ini bukan satu fenomena baru, dah bertahun-tahun lamanya ada kempen ini. Cuma rakyat Malaysia mudah sangat melupakan dan tidak konsisten di dalam melaksanakan pendirian mereka. Kalau dari dulu mereka ini konsisten. Aku rasa mungkin sekarang kita dah mampu untuk tidak bergantung harap pada barangan kepunyaan Yahudi.

Fikir-fikirkan lah…..



Wednesday 21 November 2012

Boikot McDonalds???


Ada orang cakap, jom kita boikot McDonalds sebagai bantahan kepada kekejaman Israel (Zionis) ke atas penduduk Palestin. Persoalannya, kenapa McDonalds sahaja???. Adakah disebabkan hari Isnin baru-baru ini "19.11.2012", McDonalds Malaysia telah memberi sarapan percuma kepada 1,000 pelangganya dari pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi di setiap cawangannya di seluruh negara???.

Habis bagaimana dengan jenama produk yang mempunyai kaitan atau kepentingan menyalurkan dana kewangan atau merupakan syarikat kepunyaan kaum Yahudi seperti KFC, Coolgate, Nokia, Intel, Mircosoft, Nestle, Produk Filem Hollywood dan beratus-ratus jenama barangan kepunyaan Yahudi yang kini menjadi begitu sebati dengan diri atau cara hidup Umat Islam di seluruh dunia???. Kenapa tidak boikit juga???



"Antara Jenama-Jenama Produk Kepunyaan Yahudi"


Kaum Yahudi ini merupakan kaum yang mempunyai IQ yang sangat tinggi dan mempunyai hati yang busuk dan bersifat pendedam. Dalam Al-quran pun ada menyebut. Sebab itu kenapa mereka ini mampu menguasai negara kuasa ekonomi dunia "Amerika Syarikat" walapun bilangan kaum Yahudi di US sekitar 5 Juta orang sahaja berbanding penduduk Amerika sekitar 300 Juta orang.

Malah mereka ini juga berjaya mengusai 90% Majlis Anggota Kongres Amerika dan secara tidak langsung, mereka ini lah yang bakal menentukan siapa bakal Presiden Amerika yang seterusnya, lebih-lebih lagi bakal Presiden yang mampu menjaga keselamatan dan kepentingan kaum Yahudi.

Majoriti yang terlibat di dalam industri filem Hollywood sama ada yang bekerja dibelakang tabir sehingga lah kepada pelakonnya juga terdiri daripada keturanan Yahudi. Israel juga mempunyai sistem rangkaian Internet antara yang tercanggih di dunia.

Walaupun Israel tidak menguasai dunia secara terang-terangan, namum secara tersiratnya semua sudah tahu kaum Yahudi berjaya menguasai dunia dengan membuatkan kebanyakkan Umat Manusia di Dunia ketika ini, amat bergantung kepada produk perkhidmatan atau barang-barangan kepunyaan Yahudi sehingga dilihat amat sukar untuk mencari barangan alternatif yang sama taraf dengan produk keluaran Yahudi. Kalau ada pun mungkin barangan buatan negara Jepun atau China, itu pun tidak mampu untuk memonopoli penguasaan produk Yahudi.

Alternatif yang kita ada untuk membantah kekejaman Zionis ke atas Palestin sama ada untuk memboikot barangan mereka atau hanya mampu berdoa meminta pertolongan Allah S.W.T sahaja. Namun dalam kontek memboikot, mungkin dilihat amat sukar untuk kita melakukannya 100% kerana Industri Perniagaan juga ada melibatkan orang tempatan walapun ia merupakan produk Yahudi.

Fikir-fikirkan lah.....


Sunday 18 November 2012

Kenapa Semua Ini Boleh Terjadi???


Apabila aku melihat berita di kaca TV mahu pun di Internet mengenai kekejaman tentera Israel melakukan serangan ketenteraan ke atas penduduk Palestin di Tebing Gaza, sungguh menyayat hatiku sampai meleleh air mata. Kenapa orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, dan warga tua yang tidak berdosa menjadi mangsa di atas kezaliman yang dilakukan tentera Zionis. Apakah kesalahan mereka sehingga sanggup dilakukan sebegitu rupa???, sampai ada yang kehilangan ahli keluarga yang tercinta dan tidak kurang juga yang mengalami kecederaan parah selain kerosakan harga benda.

Alasan yang diberikan oleh Pihak Israel adalah untuk mempertahankan dan membalas serangan yang telah dilakukan oleh Pihak Hamas ke atas kepentingan dan wilayah Israel. Terbaru pihak kerajaan Israel telah mengerahkan 75,000 anggota tentera simpanan mereka ke sempadan Tebing Gaza bagi mempersiapkan diri untuk melakukan serangan ketenteraan ke atas kubu-kubu kuat pejuang Hamas.

Umum mengetahui bahawa tempat atau kubu yang telah diserang oleh tentera Israel yang mendakwa bahawa kawasan tersebut adalah kubu-kubu kuat pejuang Hamas yang menjadikan terowong bawah tanah sebagai laluan pejuang Hamas menyeludup senjata dari luar ke Tebing Gaza, adalah sebenarnya merupakan kawasan yang dihuni oleh majoriti orang awam yang menggunakan laluan terowong bawah tanah untuk membawa masuk bekalan makan ke tempat mereka.

Ini bagiku sangat tidak berperikemanusiaan, kerana yang menjadi mangsa ke atas serangan yang dilakukan oleh tentera Israel di waktu subuh itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak berdosa lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Namun yang menjadi tanda tanya kepada diriku adalah, ke mana perginya pemimpin-pemimpin negara Islam yang ada di dunia ini, yang sering kali melaungkan atau mendakwa atau menggelarkan diri mereka merupakan golongan yang memperjuangkan Syiar Islam???. Kenapa semasa saudara seagamanya di bumi Palestin ditindas oleh kekejaman Israel, mereka tidak bersama-sama membela atau mempertahankan hak rakyat Palestin???. Kenapa membiarkan saudaranya di sana berjuang berseorangan tanpa ada bantuan dari masyarakat muslim global sama ada dari segi bantuan ketenteraan mahupun lain-lain jenis bantuan ???. Apakah mereka ini sanggup membiarkan masyarakat Islam itu di tindas oleh orang bukan Islam???.


Melihat kepada situasi berlainan yang berlaku di Malaysia pula. Semasa perhimpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu semalam, penyokong-penyokong kuat parti pembangkang telah melakukan solat hajat bagi mendoakan kejatuhan parti pemerintahan yang juga merupakan saudara seagamanya. Aku menjadi keliru, kenapa umat Islam sesama umat Islam boleh sebegitu rupa jadinya sehingga sanggup mendoakan kejatuhan saudara seagamanya sendiri disebabkan berbeza fahaman politik???. 

Adakah mereka ini lebih mementingkan kuasa untuk memerintah berbanding mengeratkan hubungan sesama ummah???. Bukankah Islam itu sendiri mengajar supaya umatnya sentiasa bersatu dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama ummah demi kepentingan agama dan Syiar Islam???.

Alasan yang diberikan adalah kerana rakyat di negara ini ditindas oleh pemerintahan yang zalim. Aku tidak pernah melihat kezaliman yang sebegitu teruk yang telah didakwa oleh parti pembangkang di dalam doa mereka, yang telah dilakukan oleh parti pemerintah sehingga sanggup melakukan solat hajat demi melihat saudara seagamanya jatuh dan binasa.

Disebabkan berlainan fahaman politik, ada pula yang berani cakap ada Islam jenis A dan B. Nauzubillah min zalik. Yang aku tahu Agama Islam itu hanya ada satu yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disebarkan kepada umat manusia. Cuma yang membezakannya adalah amalan seseorang orang itu sama ada baik atau buruk.

Sepatutnya, perhimpunan itu digunakan untuk mendoakan supaya Allah S.W.T membantu menyelamatkan bumi Palestin dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin daripada terus di tindas Rejim Zionis. 

Bagi aku, apabila umat Islam sesama umat Islam itu bertelagah dan berbalah. Hasil yang dapat dan diperolehi oleh mereka adalah perpecahan ummah, melemahkan Institusi Agama Islam itu sendiri serta menyebabkan Agama Islam itu mudah ditindas dan dihina secara sesuka hati oleh musuh Islam yang sedia maklum ingin melihat kehancuran Syiar Islam di muka bumi ini.

Mungkin bersandarkan kepada faktor ini juga lah, kenapa umat Islam di Palestin itu sendiri sering ditindas oleh Rejim Zionis disebabkan ketidaksefahaman antara pihak Fatah dengan Hamas yang sering bertelagah. Andai kata mereka ini dapat bersatu dan melupakan perbalahan di antara mereka, tidak mustahil mereka mampu menghadapi dan menangkis kekejaman dan kezaliman puak Yahudi ke atas rakyat Palestin.


Fikir-fikirkan lah.....


"Ya Allah Ya Tuhan Ku, Engkau Lindungikan Lah Saudara Seagama Ku Di Palestin Khususnya Di Gaza Daripada Ditindas Oleh Kekejaman Tentera Israel Dan Juga Engkau Jauhikan Lah Diri Hamba Mu Ini Daripada Sikap Suka Mendoakan Kejatuhan Saudara Seagama Ku Sendiri Walaupun Berbeza Pendapat Dan Pandangan, Kerana Kalau Bukan Aku Sebagai Muslim Yang Harus Mendoakan Kesejahteraaan Dan Kebahagiaan Hidup Saudara Ku Yang Muslim, Siapa Lagi Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Agung, Masa Pengasih Serta Maha Penyayang Terhadap Hamba Mu Ini"...Amin Amin Amin!!!





Tuesday 6 November 2012

Istilah Yang Perlu Dielakkan!!!



Bersempena menyambut "Hari AIDS Sedunia" yang bakal disambut tidak lama lagi iaitu pada "1 Disember" setiap tahun. Mari sama-sama kita memahami erti sebenar dan mengetahui istilah yang perlu dielakkan berkaitan HIV/AIDS.

Sesetengah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada HIV/AIDS adalah tidak tepat dan tidak sensitif serta perlu dielakkan.


1. AIDS (dikelirukan dengan HIV)
  • Elakkan daripada mengelirukan AIDS dengan HIV. HIV merujuk kepada singkatan (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyebabkan sistem ketahanan badan menurun selepas satu jangkamasa. Ia akan berganda dalam sel badan terutamanya sel dalam sistem ketahanan badan. AIDS merujuk kepada singkatan (Acquired Immune Deficiency Syndrome) adalah satu tahap apabila sistem ketahanan badan menjadi amat lemah akibat virus HIV yang merosakkan sel-sel tersebut dan badan menjadi terdedah kepada jangkitan "Opportunistic".  
  • Jika merujuk kepada epidemik ini, biasakan guna istilah "HIV/AIDS", misalnya Isu HIV/AIDS di negara kita perlu diambil berat. 
  • Alternatif : Jangkitan HIV, HIV Positif, HIV/AIDS.


2. Pembawa AIDS
  • Istilah ini menunjukkan seolah-olah Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS "membawa" penyakit atau nasib malang dan ini mengakibatkan stigma terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS. Istilah ini juga tidak tepat kerana AIDS "tidak boleh dijangkiti". Hanya HIV yang boleh dijangkiti dari seseorang ke seseorang.
  • Alternatif : Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Mereka Yang HIV Positif, Orang Yang Dijangkiti HIV.


3. Mangsa AIDS
  • Istilah ini melambangkan bahawa Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS tiada kawalan ke atas kehidupan mereka.
  • Alternatif : Orang Yang HIV Positif, Orang Yang Telah Dijangkiti HIV, Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS.


4. Virus AIDS
  • Tiada Virus AIDS. Virus penyebab AIDS dipanggil HIV (Human Immunodeficiency Virus) 
  • Alternatif : HIV, Jangkitan HIV.


5. Golongan Berisiko Tinggi
  • Ini mengambarkan bahawa keahlian dalam sesuatu "kumpulan" orang yang menjadikan seseorang itu berisiko untuk dijangkiti HIV. Ini tidak benar kerana "kelakuan" dan bukan kumpulan sosial yang mendedahkan kita kepada jangkitan HIV.
  • Alternatif : Kelakuan Berisiko Tinggi Seperti : Seks Tidak Selamat, Perkongsian Jarum Suntikan. 


6. Mangsa Tidak Berdosa
  • Sering digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang positif HIV atau mereka yang dijangkiti HIV melalui perubatan. Dengan ini, kita seolah-olah menyatakan bahawa mereka yang dijangkiti melalui cara lain adalah berdosa, bersalah atau tidak bermoral.
  • Alternatif : Kanak-Kanak Yang HIV Positif, Mereka Yang Dijangkiti HIV Melalui Perubatan, Mereka Yang HIV Positif.


7. Pesakit AIDS
  • Gunakan istilah ini hanya dalam konteks perubatan. Untuk merujuk kepada mana-mana individu yang mempunyai virus HIV, tetapi belum sampai ke tahap AIDS, gunakan istilah lain.
  • Alternatif : Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Orang HIV Positif.


8. Ujian AIDS
  • Istilah betul ialah "Ujian Antibodi HIV". Ujian ini tidak menguji kehadiran AIDS atau virus HIV, tetapi mengesan kehadiran antibodinya dalam badan yang terhasil untuk melawan virus. 


9. AIDS
  • AIDS adalah singkatan bagi  Acquired Immune Deficiency Syndrome. Ia ditulis dengan huruf besar sepenuhnya kerana menulis dengan huruf kecil boleh mengelirukan pembaca dengan perkataan Inggeris "aids" yang membawa maksud "membantu".


10. Seks Bebas/Seks Rambang/Seks Luar Nikah
  • Jangan gunakan istilah-istilah ini untuk menerangkan cara HIV dijangkiti. Seseorang tidak boleh dijangkiti HIV hanya kerana mengadakan seks dengan pelbagai pasangan. HIV boleh dijangkiti melalui "Seks Tidak Selamat" tanpa mengira beberapa pasangan yang dilalui. 


11. Penagih Dadah 
  • Istilah yang sepatutnya digunakan ialah "Pengguna Dadah" kerana istilah itu lebih sensitif dan kurang merendahkan martabat seseorang.


12. Pelacur
  • Istilah yang sepatutnya digunakan ialah "Pekerja Seks".


Kesimpulan : "Dengan kemajuan teknologi perubatan moden yang ada pada masa kini, PLHIV mampu mendapatkan zuriat yang bebas jangkitan virus HIV, mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang non PLHIV, menikmati tahap kesihatan yang lebih baik dan mampu mengelakkan diri mereka daripada mendapat gejala AIDS. Dengan syarat, mereka perlu sentiasa mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan berkala daripada para Pegawai Perubatan yang bertauliah dan arif tentang HIV. Marilah kita sama-sama memperjuangkan nasib dan kebajikan PLHIV serta menghentikan segala stigma atau penghinaan atau persepsi negatif atau apa-apa sahaja yang berunsurkan negatif yang ditujukan kepada PLHIV. Mereka berhak untuk menjalani kehidupan yang normal sama seperti individu yang non PLHIV".   

Fikir-fikirkan lah.....




Monday 5 November 2012

Fakta Bukan Auta!!!


1. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang rasa makanan, ini kerana air liuarlah yang membantu kita merasa sesuatu yang manis, masin, masam dan sebagainya.


2. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


3.  Percayakah anda, wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdengup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.


4. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6km persegi di Hutan Amazon di mana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.


5. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensil, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis, dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.


6. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.


7. Saraf tubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat.


8. Secara purata kita menutur 30,000 perkataan sehari, mengambil masa 3 jam 30 minit . Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

Fikir-fikirkan lah.....