MaSa ItU EmAs

Tuesday 29 January 2013

Toyota Kembali Pengeluar Kenderaan Terbesar Dunia


TOKYO 28 Jan. - Tiga buah syarikat pengeluar kenderaan Jepun, Toyota, Nissan dan Honda telah merekodkan peningkatan jualan pada tahun lalu, sekali gus menyaksikan Toyota menjadi pengeluar kenderaan terbesar dunia.

Berikutan itu, Toyota berjaya mengatasi General Motors (GM) dari Amerika Syarikat (AS).

Keputusan jualan pada tahun lalu memperlihatkan pemulihan ketiga-tiga pengeluar kenderaan itu selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan jualan dan pengeluaran pada 2011.

Selain itu, pemulihan berlaku akibat permintaan kukuh di pasaran negara-negara utama Asia dan Amerika Syarikat. 

Pemulihan itu telah membantu mengimbangi krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi di China yang berpunca daripada masalah hubungan diplomatik antara China dan Jepun. 

Pada Isnin lalu, Toyota berkata, jualan tahun lalu meningkat sebanyak 22.6 peratus kepada 9.75 juta kenderaan, sementara Nissan telah memperlihatkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus pada tahun lalu, meningkat kepada 4.94 juta buah kenderaan. 

Pengeluar kenderaan nombor tiga di Jepun, Honda, telah mencatatkan jualan sebanyak 3.81 juta kenderaan pada tahun 2011.

Angka terbaharu itumengesahkan Toyota kembali meningkat dalam jualan global setelah ditewaskan oleh GM pada 2011 yang berpunca daripada bencana alam.

Krisis banjir di Thailand yang menempatkan kilang pengeluaran kereta Jepun pada tahun yang sama juga telah dirujuk sebagai tahun yang teruk, kata penganalisis ekonomi Nomura, Masataka Kunugimoto.

Kata Kunugimoto, tahun lalu merupakan tahun kembali pulih dan kembali normal. - AFP

Samsung Rekod Keuntungan RM64.5 Bilion



SEOUL 25 Jan. - Pengeluar barangan elektronik dari Korea Selatan, Samsung Electronics mencatatkan keuntungan bersih berjumlah 23.8 trilion won (RM64.5 bilion) pada tahun lalu, disumbangkan melalui prestasi suku keempat yang memberangsangkan.

Bagi keseluruhan tahun lalu, syarikat itu mencatatkan pendapatan berjumlah 201.1 trilion won (RM582 bilion) yang dipacu hasil jualan telefon pintar serta cip memori keluarannya.

Pada suku keempat 2012, Samsung merekodkan keuntungan bersih berjumlah 7.04 trilion won (RM20.46 bilion) iaitu peningkatan 75.6 peratus berbanding setahun yang lalu.

Menurut satu kenyataan, sebahagian besar perolehannya disumbangkan oleh jualan telefon pintar Galaxy S3 dan Galaxy Note 2.

Bagaimanapun, syarikat itu menjangkakan jualannya bagi awal tahun 2013 sedikit perlahan ekoran permintaan telefon pintar di negara maju yang lembap, selain terpaksa berhadapan harga pesaing yang kompetitif.

Berdasarkan pengumpulan data antarabangsa, penganalisis percaya Samsung berjaya menjual 63 juta unit telefon pintarnya pada suku terakhir tahun lalu. - Utusan Malaysia

Apple Hilang Status Syarikat Terbesar Nilai Pasaran


NEW YORK 27 Jan. - Syarikat gergasi teknologi, Apple kehilangan status sebagai syarikat terbesar dunia daripada aspek nilai pasaran apabila sahamnya terus jatuh pada Jumaat lalu.

Syarikat itu mengakhiri dagangan dengan sahamnya jatuh sebanyak 2.36 peratus kepada AS$439.88 (RM1,320) dengan modal pasaran berjumlah AS$413 bilion (RM 1.32 trilion).

Saham syarikat minyak, Exxonmobil meningkat sebanyak 0.36 peratus kepada AS$91.68 (RM275) dengan modalan pasaran berjumlah AS$418 bilion untuk berada pada kedudukan teratas.

Apple buat pertama kali mengatasi Exxonmobil sebagai syarikat paling bernilai dunia berlandaskan nilai pada sahamnya pada Ogos 2011.

Setahun kemudian, Apple mengatasi pesaing lamanya Microsoft sebagai syarikat paling bernilai dalam sejarah daripada aspek nilai sahamnya yang mencecah AS$622 bilion (RM1.87 trilion).

Bagaimanapun, keadaannya berubah pada minggu selepas ramalan yang muram yang mengiringi pengumuman keuntungan sukuan yang pesimis terhadap pertumbuhan perlahan perniagaan syarikat gergasi teknologi itu.

Apple mencatatkan keuntungan sebanyak AS$13.1 bilion (RM39.3 bilion) menerusi perolehan berjumlah AS$54.5 bilion (RM 163.5 bilion) dalam tahun kewangan berakhir 29 Disember lalu.

Penjualan iPhone dan iPads dicatatkan tinggi setiap sukuan. 

Para penganalisis mengekalkan cadangan berhati-hati terhadap saham Apple yang telah memperlihatkan kenaikan mendadak pada September tahun lalu kepada AS$700 (RM1,200) sesaham tetapi jatuh sebanyak 37 sen selepas itu. 

Terdapat beberapa pemerhati berpendapat bahawa Apple telah hilang kemuncak dalam inovasinya sejak kematian pengasas bersamanya, Steve Jobs.

Syarikat itu dikatakan telah kalah dengan pesaing-pesaing seperti Samsung yang menerajui pasaran telefon pada waktu ini dan syarikat-syarikat lain yang menggunakan sistem pengoperasian android Google. - AFP

Friday 25 January 2013

Penyakit Kencing Tikus, Faktor Risiko, Gejala Dan Tanda-Tanda



Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas - Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tempt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda tanda

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Fitnah....



Para blogger atau admin fanpage di facebook(parti politik), kalau mahu sebarkan sesuatu cerita atau berita yang sensasi. Sebaiknya, siasat lah dulu kesahihan dan kebenaran sesuatu cerita tersebut sebelum menyebarkannya. Kalau betul alhamdulillah, tapi kalau terbukti salah(ada unsur-unsur fitnah) blogger atau fanpage tersebut yang dapat malu dan nama baik kamu juga tercemar. Tak pasal-pasal dapat dosa memfitnah.

Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. 


Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" - (al-Hujurat: 6)

Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)

Fikir-fikirkan lah....

Tuesday 8 January 2013

Isu Kalimah Allah...


Tak habis-habis pasal isu "Kalimah Allah" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Ada pihak yang begitu keras menentang dan ada pula yang menyokong. Masing-masing ada hujah bagi menyokong pendapat dan pandangan mereka. Bagi aku sedangkan sekarang pun "Kalimah Allah" masih belum dibenarkan secara rasmi penggunaannya oleh bukan Islam, boleh berlaku kejahilan dan kekeliruan dikalangan umat Islam, inikan pula apabila dibenarkan kelak. Tak mustahil satu hari nanti di negara ini, akan ada pula suara yang bekeras ingin membenarkan orang Islam mengawini bukan Islam, tanpa perlu yang bukan Islam itu memasuki agama Islam terlebih dahulu seperti yang berlaku di sesetengah negara lain. Itu belum lagi kesan negatif jangka panjang yang akan berlaku sekiranya perkara tersebut terjadi. Hurm semoga agama Islam dilindungi dan dijaga oleh Allah S.W.T daripada anasir-anasir jahat yang ingin merosakkan agama Islam. Amin amin amin!!!

Ulama' akhir zaman

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain".
Fikir-fikirkan lah....

Thursday 3 January 2013

Cacing!!!

 

Selamat pagi semua. Kenapa kita perlu menjaga kebersihan diri dan sentiasa kena basuh tangan sebelum makan serta digalakkan memakan makan yang betul-betul masak???.

Tahukah anda : Selain daripada jangkitan bakteria, virus atau kuman ke dalam sistem dan badan kita. Terdapat beberapa jenis cacing telah didapati boleh memasuki tubuh manusia dan hidup di saluran pemakanan manusia dengan menumpang makanan yang diambil manusia. Diatara kumpulan cacing ini ialah cacing kerawit, cacing gelang dan cacing rambu.

1- Cacing Kerawit : Di antara cacing yang tergolong di dalam kumpulan ini ialah Abcylosotoma duodenale dan Necator americanus. Gejala penyakit cacing jenis ini termasuklah amenia, kurang hadam makanan, hilang selera makan, pening kepala, batuk, muntah dan rasa mual. Kemasukan larva ke dalam perumah terjadi sama ada melalui mulut yang berlaku melalui pengambilan makanan yang tercemar atau melalui penembusan tapak kaki yang disebabkan oleh larva yang berupaya mengorek masuk ke dalam kulit.

2- Cacing Gelang : Merupakan parasit yang hidup di dalam usus kecil manusia. Di antara cacing-cacing yang tergolong dalam kumpulan ini ialah Ascaris lumbricoides dan Ascaris suum. Pencemaran sisa najis ke atas bahan makanan yang dimakan mentah merupakan punca utama kemasukan telur ke dalam tubuh manusia. Cacing jenis ini seringkali boleh menyebabkan kematian perumah melalui kerosakan organ seperti jantung, paru-paru, hati, hempedu sehinggalah ke otak.

3- Cacing Rambu : Dikenali sebagai cacing benang mempunyai saiz berukuran dua hingga lima milimeter. Jenis cacing yang tergolong dalam kumpulan ini termasuklah Enterobius vermicularis. Di dalam badan manusia, cacing ini biasanya matang pada bahagian kolon atau usus besar tetapi mempunyai keupayaan untuk bergerak ke usus kecil atau luar perut dan luar dubur. Di antara tanda-tanda jangkitan cacing jenis ini adalah pemakanan tidak hadam, gatal-gatal pada bahagian dubur terutama sekali pada waktu malam, keletihan akibat tidur yang tidak nyenyak dan jangkitan pada dubur akibat aktiviti menggaru.

Sumber : National Poison Centre, Universiti Sains Malaysia (USM).