MaSa ItU EmAs

Friday 21 December 2012

Hari Kiamat Itu Pasti Akan Berlaku!!!

Sekadar Hiasan

Hari Kiamat Itu Pasti Akan Berlaku. Tapi Bila Masa Ia Berlaku???. Itu Merupakan Rahsia Mutlak Allah S.W.T Dan Tidak Ada Satu Pun Mahluk Ciptaan NYA Tahu Bila Masanya Ia Berlaku. Orang Muslim Wajib Mempercayainya. Antara Hadith Yang Ada Menyebut Tentang Hari Kiamat :

1- Peperangan Antara Dua Kuasa Besar

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangai antara satu sama lain, sedangkan korban di kedua belah pihak sangat besar pula. Dan alasan kedua-duanya hanyalah satu.

2- Meratanya Kebakhilan; Tanda Hampir Kiamat

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.

3- Kiamat sudah dekat!

Diriwayatkan daripada Anas r.a, rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah 1) Ilmu agama akan diambil kembali (dengan meninggalnya para ulama') 2) ketidaktahuan (terhadap agama) merajalela 3) Meminum minuman beralkohol (telah menjadi kebiasaan) 4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka.

4- Hampirnya Saat-saat Kiamat

Nabi s.a.w sabdanya : "Tidak berlaku saat kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)."

5- Tanda-Tanda Hampir Kiamat

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ˜haraj'. Bertanya para sahabat,:Apakah itu haraj ya Rasulullah? Jawab baginda,:Pembunuhan! Pembunuhan!

6- Petanda-petanda Hampirnya Kiamat

Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya : "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj"

Sumber dan rujukan dari : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Thursday 20 December 2012

Kedudukan Universiti Malaysia (IPTA/IPTS)


Senarai Kedudukan Universiti Malaysia (IPTA/IPTS) di dalam QS Asian University Rankings 2012/2013 :

35. Universiti Malaya (UM) - www.um.edu.my
58. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - www.ukm.my

63. Universiti Sains Malaysia (USM) - www.usm.my

74. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - www.utm.my

76. Universiti Putra Malaysia (UPM) - www.upm.edu.my

151-160. International Islamic University Malaysia (IIUM) - www.iium.edu.my

161-170. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - www.unimas.my

191-200. Multimedia University (MMU) - www.mmu.edu.my

201-250. Universiti Teknologi MARA - UiTM - www.uitm.edu.my

201-250. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) - www.utp.edu.my

251-300. Limkokwing University of Creative Technology - www.limkokwing.net

251-300. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - www.uniten.edu.my

251-300. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM) - www.uthm.edu.my

251-300. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) - www.utar.edu.my

251-300. Universiti Utara Malaysia (UUM) - www.uum.edu.my


Senarai Kedudukan Universiti Malaysia (IPTA/IPTS) di dalam QS World University Rankings 2012/2013 :

156. Universiti Malaya (UM) - www.um.edu.my

261. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - www.ukm.my

326. Universiti Sains Malaysia (USM) - www.usm.my

358. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - www.utm.my

360. Universiti Putra Malaysia (UPM) - www.upm.edu.my

401-450. International Islamic University Malaysia (IIUM) - www.iium.edu.my

601+. Universiti Teknologi MARA – UiTM - www.uitm.edu.my





QS Asian University Rankings 2012/2013


Senarai 10 Universiti Terbaik Di Asia Mengikut "QS Asian University Rankings 2012/2013" :

1- The Hong Kong University of Science and Technology - Hong Kong 

2- National University of Singapore (NUS) - Singapura

3- University of Hong Kong - Hong Kong

4- Seoul National University - Korea Selatan

5- The Chinese University of Hong Kong - Hong Kong

6- Peking University - China

7- KAIST - Korea Advanced Institute of Science & Technology - Korea Selatan

8- The University of Tokyo - Jepun

9- Pohang University of Science And Technology (POSTECH) - Korea Selatan

10- Kyoto University - Jepun 


Wednesday 19 December 2012

Video Promo AIDS Sedunia 2012


Video Yang Terpaksa Di Rakam Semula Oleh Kami Bagi Mengikuti Syarat-Syarat Yang Telah Ditetapkan Oleh Pensyarah Untuk "Tugasan Berkumpulan Microsoft Powerpoint" Subjek "EPPD 1063 Aplikasi Komputer". 



Iklan Video Asal "Promo Hari AIDS Sedunia 1 Disember 2012" Yang Dibintangi Oleh Pelakon "Aaron Aziz" Dan Mentor Saya "Abang Pie".

Agama Utama Dunia



Menurut kajian terbaru yang dilakukan oleh Pusat Kajian "Pew Forum on Religion and Public Life". Anggaran Penduduk dunia mengikut agama utama adalah seperti berikut :

1-Penganut Agama Kristian - 2.2 bilion iaitu 32 peratus daripada penduduk dunia.
2-Penganut Agama Islam - 1.6 bilion orang.
3-Penganut Agama Hindu - 1 bilion orang.
4-Penganut Agama Buddha - 500 juta orang.

Penduduk Yahudi pula berjumlah 14 juta orang iaitu kira-kira 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.

Kajian itu juga menunjukkan lebih 400 juta orang mengamalkan pelbagai tradisi lama termasuk tradisi Afrika, kaum asli atau agama dahulu kala.

Kajian demografi di seluruh dunia mendapati, lebih lapan daripada 10 orang iaitu kira-kira 5.8 bilion orang termasuk dalam satu kumpulan agama.

Pew Forum on Religion and Public Life mengumpul data berdasarkan saiz dan penyebaran geografi ke atas lapan kumpulan agama utama termasuk yang tidak mempunyai agama.

*Pew Forum on Religion and Public Life berkata, kajian itu berdasarkan hubungan individu dan agama, tetapi tidak mengukur sejauh mana amalan agama oleh individu tersebut. - AFP

Tuesday 18 December 2012

QS World University Rankings 2012/2013


Senarai 10 Universiti Terbaik Di Dunia Mengikut "QS World University Rankings 2012/2013" :


1- Massachusetts Institute of Technology (MIT) - United States 
    www.mit.edu



2- University of Cambridge - United Kingdom
    www.cam.ac.uk




3- Harvard University - United States
    www.harvard.edu


4- University College London (UCL) - United Kingdom
    www.ucl.ac.uk




5- University of Oxford - United Kingdom
    www.ox.ac.uk


6- Imperial College London - United Kingdom
    www.imperial.ac.uk


7- Yale University - United States
    www.yale.edu


8- University of Chicago - United States
    www.uchicago.edu


9- Princeton University - Unites States
    www.princeton.edu 


10- California Institute of Technology (Caltech) - United States
      www.caltech.edu


Saturday 15 December 2012

Lee Min Hu...


Info ringkas tentang pengadil perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012, separuh akhir pusingan ke-2 antara Malaysia vs Thailand tempoh hari :

Nama Penuh : Lee Min Hu
Tarikh Lahir : 14 September 1979
Umur : 33 Tahun
Warganegara : Korea Selatan
Pekerjaan : Guru Bahasa Inggeris

Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005. Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 perlawanan, dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap perlawanan. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.

                                      Database Perlawanan Lee Min Hu 2008-16 Mac 2011

Database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008.

Apakah Lee Min Hu tidak pernah adili perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia? Tidak, dua kali pernah adili. Sekali ketika perlawanan persahabatan antaran Malaysia dengan Australia, kali kedua adalah dalam aksi antara Malaysia dengan Syria.

Semasa mengadili perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Australia pada 7 Oktober 2011 yang berkesudahan Malaysia tumpas 0-5 kepada Australia.Dalam perlawanan tersebut salah seorang pemain Malaysia telah tackle Lee Min Hu. Menariknya, pemain Malaysia tersebut tidak dilayangkan kad kuning atau kad merah.

Dalam perlawan skuad Ong Kim Swee dengan Syria pula, Malaysia tumpas 0-2, tetapi harus diingat dalam perlawanan itu ada 5 kad kuning yang dilayangkan oleh Lee Min Hu.


Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa.


Thursday 13 December 2012

Sabda Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud :

  
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523, riwayat Muslim)

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu "POKOK GHARQAD" sila "Klik Disini" 

Wednesday 12 December 2012

Siapa Penulis & Pencipta Asal Lagu Apo Kono Eh Jang???


Mungkin masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu siapakah penulis lagu dan pencipta lirik "Apo Kono Eh Jang" nyanyian Ally Noor & Mastura satu masa dahulu, yang kini dinyanyikan dan dipopularkan semula oleh Rafidah Ibrahim feat Dato' AC Mizal & Steller Band.
.
Tahukah anda bahawa penulis lagu dan pencipta lirik "Apo Kono Eh Jang" adalah merupakan anak jati Pahang yang berasal dari Mentakab yang kini menetap di Jerantut, Pahang dan bukannya berasal dari Negeri Sembilan.

Beliau ialah :

 Ikhtiman Ismail

Akaun rasmi Facebook beliau ialah sila "Klik Disini"