MaSa ItU EmAs

Thursday, 3 January 2013

Cacing!!!

 

Selamat pagi semua. Kenapa kita perlu menjaga kebersihan diri dan sentiasa kena basuh tangan sebelum makan serta digalakkan memakan makan yang betul-betul masak???.

Tahukah anda : Selain daripada jangkitan bakteria, virus atau kuman ke dalam sistem dan badan kita. Terdapat beberapa jenis cacing telah didapati boleh memasuki tubuh manusia dan hidup di saluran pemakanan manusia dengan menumpang makanan yang diambil manusia. Diatara kumpulan cacing ini ialah cacing kerawit, cacing gelang dan cacing rambu.

1- Cacing Kerawit : Di antara cacing yang tergolong di dalam kumpulan ini ialah Abcylosotoma duodenale dan Necator americanus. Gejala penyakit cacing jenis ini termasuklah amenia, kurang hadam makanan, hilang selera makan, pening kepala, batuk, muntah dan rasa mual. Kemasukan larva ke dalam perumah terjadi sama ada melalui mulut yang berlaku melalui pengambilan makanan yang tercemar atau melalui penembusan tapak kaki yang disebabkan oleh larva yang berupaya mengorek masuk ke dalam kulit.

2- Cacing Gelang : Merupakan parasit yang hidup di dalam usus kecil manusia. Di antara cacing-cacing yang tergolong dalam kumpulan ini ialah Ascaris lumbricoides dan Ascaris suum. Pencemaran sisa najis ke atas bahan makanan yang dimakan mentah merupakan punca utama kemasukan telur ke dalam tubuh manusia. Cacing jenis ini seringkali boleh menyebabkan kematian perumah melalui kerosakan organ seperti jantung, paru-paru, hati, hempedu sehinggalah ke otak.

3- Cacing Rambu : Dikenali sebagai cacing benang mempunyai saiz berukuran dua hingga lima milimeter. Jenis cacing yang tergolong dalam kumpulan ini termasuklah Enterobius vermicularis. Di dalam badan manusia, cacing ini biasanya matang pada bahagian kolon atau usus besar tetapi mempunyai keupayaan untuk bergerak ke usus kecil atau luar perut dan luar dubur. Di antara tanda-tanda jangkitan cacing jenis ini adalah pemakanan tidak hadam, gatal-gatal pada bahagian dubur terutama sekali pada waktu malam, keletihan akibat tidur yang tidak nyenyak dan jangkitan pada dubur akibat aktiviti menggaru.

Sumber : National Poison Centre, Universiti Sains Malaysia (USM).

No comments:

Post a Comment