Baru-baru ini aku terbaca satu artikel di dalam surat khabar "Berita Harian (BH)" bertarikh 21.10.2012 bertajuk "JAKIM sahkan suami tak perlu minta izin". Di dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa :
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri".
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri".
Di sini, suka untuk aku memetik
kata-kata daripada salah seorang Tokoh Negarawan Terulung Negara kita
iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam buku beliau "Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohammad", Bab 2 : Nilai Kekeluargaan, Muka Surat 22 & 23.
Beliau ada menyebut bahawa :
"Ramai orang berpegang kepada hujah bahawa Islam membenarkan lelaki
mempunyai empat Isteri pada satu-satu masa, tetapi ada satu bahagian
ayat yang sering diketepikan. Al-Quran menyebut kita boleh berkahwin
dua, tiga atau empat isteri, tetapi jika kita tidak dapat berlaku adil
kepada mereka maka cukuplah dengan seorang isteri. Dan dalam surah yang
sama disebut lagi, bahawa adalah agak sukar bagi kita untuk berlaku adil
kepada wanita.
Jadi implikasinya jelas : Al-Quran menyarankan beristeri satu, bukannya dua, tiga atau empat. Bagaimanapun poligami dibolehkan dalam keadaan tertentu, misalnya peperangan yang menyebabkan bilangan wanita menjadi lebih ramai daripada lelaki bagi memastikan ada orang yang menjaga balu mangsa perang.
Islam bukanlah semata-mata mengenai kepercayaan dan amalan tertentu sahaja sebaliknya merangkumi tatacara bermasyarakat dalam kehidupan seharian, termasuk menepati masa, menjaga kebersihan diri dan melindungi alam sekitar".
Aku amat setuju dengan pandangan dan
pendapat bernas Tun Dr Mahathir. Ini kerana berdasarkan kepada
pengalaman aku sendiri yang berada di dalam keluarga yang mengamalkan
poligami. Aku mendapati kebanyakan daripada mereka tidak menjalankan
tanggungjawab yang sepatutnya menurut syariat Islam. Anak-anak dan juga
si isteri yang menjadi mangsa keadaan. Mereka ini diabaikan nafkah dan
tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada bapa tercinta kesan
daripada sikap si bapa atau si suami yang tidak menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.
"Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM"
Sebagai umat Islam kita wajib menghayati makna sebenar "LAFAZ AKAD NIKAH" sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.
Erti Tersirat :
"Aku
tanggung
dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari
dedah aurat
hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya
tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal,
maka aku fasik,
dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku
hingga
pecah badan aku”
Bukan lah tujuan aku untuk menulis artikel ini bertujuan
untuk memburukkan atau mengaibkan nama baik keluarga aku, tapi ianya hanya
sekadar perkongsian untuk para pembaca-pembaca blog ini, supaya memikirkan
sedalam-dalamnya kesan negatif yang mungkin akan timbul sekiranya ingin
berpoligami tetapi tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik
mungkin.
Namun begitu, ingin aku tegaskan bahawa tidak semua yang
berpoligami itu tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Ada
dikalangan kita yang berpoligami mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan
sebaik mungkin dan mengikut syariat Islam namun bilangan insan seperti ini
tidak ramai malah boleh dikatakan hanya terdapat segelintir sahaja yang
benar-benar ikhlas untuk melaksanakan tuntutan berpoligami mengikut apa yang
dikehendaki oleh agama Islam.
Fikir-fikirkan la.....
No comments:
Post a Comment