MaSa ItU EmAs

Wednesday 11 July 2018




Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap2 bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan. 

Untuk barang basah kami peruntukkan rm150-rm200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.

Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?

Meh nak ajar ye.
Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.

Daging
1- kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasor besar baru sekitar rm24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu. Balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis. 1bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha. Sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.

2- jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.

3- nak masak. Keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatai pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih2. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jegung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.

Ikan
 1- bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.

2-ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol ikan nyok2. Ikan pari. Ikan patin.Kalau aku beli. Siang. Basuh. Then simpan tanpa bubuh air.

3-ikan temenung. Ikan sardin. Ikan sebelah. Siang bersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.

Udang/sotong
1- potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas2 dan simpan.

2- nak masak sama gak macamku cakap kat atas tu hokeh.

Ayam/itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih2. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.

Sekian.
Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki.
Nnt i up belah sayur lak.

*yang bkerja kan. Malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.

* kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3jam lebih kalau sorg basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.

Kami sopping kat pasar bm. Setelah duk penang la. Dulu kat kl kami pegi pasar malam kampung pandan/pasar tani pun belambak yg murah2. Kat perak kami pegi pasar kemunting.

Ha ikutlah. Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki.

3minggu makan ni 5-6 orang satu rumah.
Bajet 150-200

Kredit : FieyaBadar 

Asal Usul Gambar Pada Duit Malaysia Yang Anda Tidak Tahu


Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam wang Malaysia yang kita gunakan hari ini. Dan dari manakah asalnya gambar tersebut diambil? Di sini kami ingin kongsikan kepada anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada wang Malaysia ini.

Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.

Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas not wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultanan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada pada wang kertas Malaysia itu adalah keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.

Tuesday 10 July 2018

How Fast Can You Work In Excel?

Watch This Video!!!

5 TIPS UTAMA DALAM PROSES BINA BADAN SADO DAN FIT




1. Komitmen kepada makanan yang sihat dan seimbang
Ini amat penting untuk membina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat terutamanya di pagi hari. Hindari makanan segera yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.


2. Dapatkan cukup protein
Dapatkan protein yang mencukupi kerana protein boleh membantu kita untuk menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebaik sebelum dan sesudah latihan. Minum susu kocak berprotein untuk melengkapkan makanan protein kita.


3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur.
Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur. Sebaik selepas metabolisma anda kembali aktif maka ia akan memudahkan anda untuk melaksanakan tugas harian dan juga aktiviti kecergasan dengan mudah.


4. Lakukan aerobik aktif
Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging.


5.Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh
Gabungkan latihan rutin untuk membina kekuatan tubuh selama 3 hari dengan tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan dengan kaedah selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak.
Namun jangan pula harapkan untuk menjadi sado hanya dengan beberapa hari menjalankan rutin yang dinyatakan di atas sebab untuk membina badan yang cantik dan sado, ia memakan masa yang agak lama dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Jangan mudah berputus asa pada peringkat permulaan kerana lambat laun hasilnya akan kelihatan.
Paling penting jika benar-benar ingin mendapatkan badan yang sado adalah dengan memiliki tahap disiplin yang tinggi. Jangan sesekali anda tertinggal 5 tips penting ini kerana bimbang ia akan membantutkan pembinaan otot anda dan amalkan dengan penuh semangat. Selamat mencuba, dah sado jangan pula gatal mahu jadi playboy pula ya!

Perlukah Berdiet Untuk Kurus?

Ramai yang tanya, kalau nak kurus memang kena diet ke? Kalau tak diet, ada cara lain tak macam bersenam lebih? Soalan ini cukup popular dalam kalangan obesiti.

Perkataan diet sebenarnya bermaksud pemakanan. Hari-hari kota berdiet, cuma adakah diet kita yang baik ataupun yang tidak? Kalau kita tak berdiet, maka matilah kita.

Soalan tentang diet dan kurus sangat kerap diajukan. Semestinya, perkara pertama anda kena ubahsuai untuk kurus ialah pemakanan (diet). Kalau yang ini anda tak jaga, dijamin anda tak akan kurus sampai bila-bila.

Tetapi, apakah pemakanan yang kita kena ambil atau amalkan? Makan tanpa minyak, gula, garam, lemak, semua itukah? Bukan begitu, kita kena amalkan yang seimbang seperti piramid makanan. Itu adalah langkah yang paling mudah.

Kalau boleh, anda kena belajar apa yang dimaksudkan dengan kalori, makronutrien, dan mikronutrien. Anda kena faham tentang BMR, DCR, dan macam-macam lagi. Ini ialah asas kepada kecergasan. Apabila anda faham yang ini, barulah diet yang memakan burger, pizza, aiskrim, semuanya masuk akal. Ya, makan pizza pun boleh kurus.

Admin nak adakan kelas-kelas asas kepada pembaca Dee Fitness, bertempat di cawangan Dee Fitness Sri Rampai. Ada yang berminat untuk turut sertai? Admin nak fokus kepada ilmu-ilmu asas supaya teknik utama anda semua kukuh, dari segi senaman dan pemakanan.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Kenapa Berat Senang Turun Kalau Rehat Dari Gym?


Dalam kalangan kita, ada yang susah nak naikkan berat badan. Makan macam mana sekali pun, kalau dapat naik 1-2kg, memang menyeronokkan bagi mereka. Kemudian, mereka mula masuk ke gym dan berat mulai naik dengan baik. Sekali berehat seminggu, turun balik. Kenapa begini?

Satunya anda kena tahu, rehat seminggu daripada gym tak mendatangkan kesan buruk pada otot anda. Ada kala anda perlukan rehat tersebut untuk membesar. Lagipun, bukan begitu mudah untuk hilang otot.

Berat yang anda kurang sebab tak pergi ke gym biasanya bukanlah berst otot. Malah, boleh dijamin jisim otot tidak berkurang pun. Yang berkurang ialah kandungan air dalam otot tersebut.

Apabila kita bersenam dengan konsisten, maka otot kita lebih gemar menyimpan air untuk dijadikan sebagai medium pemprosesan tenaga. Otot kita juga menyimpan glikogen (gula) dan ia juga digunakan sebahagian daripada proses tenaga. Tatkala kita berehat seketika daripada gym, otot tak memerlukan kerahan tenaga begitu banyak. Lantas, mereka tak perlu simpan air dan glikogen banyak seperti sebelum ini.

Ini bukan petanda buruk. Ini ialah perkara yang normal. Sel otot tetap ada dan tak berkurang. Mengecil? Tidak sama sekali. Yang anda nampak besar semasa dan selepas workout ialah hasil pam, bukannya saiz sebenar. Pam bermaksud darah penuh dalam otot tersebut.

Jadi, selepas ini janganlah risau kalau berat turun sedikit kalau berehat gym 4-5 hari. Bukannya otot anda dah berkurangan. Lagipun, tiada siapa suruh anda timbang setiap hari.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Gigi Geraham Bongsu

“Doktor, gigi bawah saya yang hujung sekali sakit sampai ke telinga. Nak buka mulut pun sakit, nak telan makanan pun susah.” Seorang pesakit wanita berusia awal 20 an menceritakan masalahnya.

“Berapa umur adik sekarang?” Tanya saya bukan dengan tujuan nak berkenalan, tapi ada tujuannya.

“24 tahun!” Jawabnya

“Sudah berapa lama sakitnya?”

“Banyak kali dah doktor. Dalam masa 3 bulan ini, dah berulang kali sakit.”

“Boleh doktor periksa gigi adik?” Saya sebenarnya sudah dapat meneka, apakah punca masalahnya walaupun belum memeriksa giginya.

Benar sebagaimana hipotesis (pandangan) awal saya, pesakit ini mempunyai masalah dengan gigi geraham bongsu (wisdom tooth).

Kenapa ia dipanggil dalam masyarakat kita sebagai geraham bongsu? Jawabnya, kita manusia yang normal dikurniakan oleh Allah, masing-masing mempunyai 3 batang gigi geraham besar. Gigi geraham bongsu adalah gigi geraham yang ketiga, paling hujung kedudukannya serta paling akhir masa tumbuhnya ketika seseorang itu berusia dalam lingkungan 19 – 23 tahun.

Pesakit yang saya ceritakan ini sudah berusia 24 tahun, sepatutnya gigi geraham bongsunya telah tumbuh sepenuhnya dengan sempurna. Tetapi kenapa dia mengadu kesakitan?

Pemeriksaan saya mendapati, gigi geraham bongsunya berada dalam kedudukan condong, bukannya menegak. Hanya sedikit sahaja dari bahagian gigi tersebut yang keluar sementara bakinya masih terbenam di bawah gusi. Keadaan gigi yang condong itu menghalangnya daripada tumbuh dengan sempurna. Di dalam istilah pergigian, ia disebut ‘impacted wisdom tooth’ (geraham bongsu terimpak).

Apabila gigi ini tak dapat tumbuh dengan sempurna, akan terbentuk satu lapisan gusi yang menutup di bahagian atas gigi tersebut. Lapisan gusi inilah yang selalunya terkena jangkitan kuman sehingga menyebabkan kesakitan. Memang kesakitan disebabkan masalah geraham bongsu akan menyebabkan pesakit sukar untuk membuka mulut dan menelan makanan.

Kedudukan gigi dalam keadaan condong juga akan membentuk kawasan yang menjadi perangkap makanan di antara geraham bongsu ini dengan gigi di hadapannya sehingga kemungkinan untuk sisa makanan yang terperangkap tersebut menjadi punca kepada berlakunya karies gigi adalah tinggi. Karies ini boleh berlaku bukan hanya kepada geraham bongsu tersebut, malah kadang-kadang turut melibatkan gigi bersebelahan.

Bagaimana penyelesaiannya?
Gigi yang tumbuh dengan posisi condong yang tak normal ini bolehlah kita istilahkan sebagai gigi yang tak memberi sebarang fungsi. Bukan setakat tak berfungsi, ia juga membawa masalah kepada tuannya. Tak ada pilihan lain kecuali gigi ini perlu dicabut. Tetapi oleh kerana kedudukannya yang condong serta sebahagian besar gigi ini masih terbenam di dalam tulang rahang di bawah gusi, maka pembedahan kecil perlu dilakukan untuk mengeluarkannya.

Bagaimana kaedahnya?
Pembedahan ini hanya pembedahan kecil yang boleh dibuat di kerusi pergigian dengan bius setempat (local anesthesia) secara suntikan sahaja. Di dalam kes apabila gigi geraham bongsu yang terbenam ini bilangannya lebih dari sebatang dan pesakit memohon untuk mencabut kesemuanya secara sekaligus, pembedahan ini juga boleh dilakukan di bawah bius am (general anesthesia).

Kr: Azman Ibrahim




Resepi Untuk Orang Diet


Resepi untuk orang diet , silakan 

Ayam gril dan salad 

Bahan-bahan salad mayonis
Salad potong dan bersihkn
Olive oil
Lada sulah
Mayonis
Air lemon sikit

Bahan-bahan ayam gril
Dada ayam
Olive oil
Serbuk cili
Lada sulah
Sikit garam

Buah betik

KREDIT : pemilik resepi

What Is Your Body Made Of?

They say you are what you eat, but do you recall eating half of the entire periodic table?


Tugasan Kumpulan

Pada Hari Sabtu (02 Jun 2018), kumpulan kami telah menjalankan satu tugasan kumpulan sebagai memenuhi salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh Pensyarah untuk subjek "SADN 1043 Hubungan Etnik". Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu tajuk daripada berikut :

i.                Rusuhan 14 hari selepas pendudukan Jepun
ii.              Gerakan Selendang Merah 1945
iii.             Peristiwa Bukit Kepong
iv.             Malayan Union 
v.               Hartal 1947
vi.             Persekutuan Tanah Melayu 1948
vii.            Darurat 1948-1960
viii.           Pilihanraya 1955
ix.             Kemerdekaan 1957
x.               Peristiwa 13 Mei 1969
xi.             Dasar Ekonomi Baru
xii.            Operasi Lalang 1987
xiii.           Tuntutan Suqui 1999
xiv.           Isu Sekolah Jenis Kebangsaan
xv.            Peristiwa Kampung Medan 2001
xvi.           Novel Interlok
xvii.          Hindraf
xviii.        Kumpulan Artikel 11
xix.           RUU 355   
xx.            Isu Perebutan Jenazah
xxi.           Inter-religious Faith Council (IFC)
xxii.         Isu perkahwinan campur
xxiii.        Isu Kuil Hindhu di Selangor
 
Tugasan hendaklah dijalankan dalam bentuk video temu bual melibatkan individu yang mempunyai Autoriti berkaitan tajuk-tajuk yang dipilih. Setelah membuat perbincangan antara ahli kumpulan. Kami telah bersepakat untuk memilih tajuk "Peristiwa Kampung Medan 2001". 

Tujuan utama kami memilih tajuk berkenaan adalah disebabkan peristiwa tersebut masih boleh dikatakan baru berlaku lebih kurang 17 tahun dahulu. Jadi agak mudah sekiranya kami ingin mencari individu yang masih hidup yang mungkin terlibat/melihat kejadian tersebut berlaku serta mempunyai Autoriti untuk menceritakan kembali kejadian tersebut.  

Pada 25/05/2018 (Sabtu), lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Beberapa ahli kumpulan kami terdiri daripada saya (Zaini), Zainol, Musa dan Anan telah pergi ke Kampung Medan, Petaling Jaya, bertujuan untuk mencari individu yang mempunyai Autoriti bagi membantu kami menjalankan misi untuk memastikan tugas kami dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

Urusan kami telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T kerana berjaya menemui Encik Raja Harun bin Raja Kulup di Masjid Nurul Ehsan, Petaling Jaya. Beliau telah bersetuju membantu kami dan sudi untuk ditemu bual bagi menceritakan kejadian sebenar yang berlaku. Beliau telah menetapkan tarikh 02/06/2018 (Sabtu) untuk kami semua ahli kumpulan berkumpul dan merakam perbualan temu bual tersebut bertempat di rumah beliau di Kampung Medan, Petaling Jaya.

Berikut adalah sedikit bingkisan/coretan video-video yang sempat kami rakam untuk menyempurnakan tugasan kumpulan kami :


 Temu Bual antara Anan dan Encik Encik Raja Harun bin Raja Kulup

 
  Encik Encik Raja Harun bin Raja Kulup menunjukkan kepada kami koleksi barang-barang lama miliknya


Lawatan ke tempat / lokasi kejadian bermulanya Peristiwa Kampung Medan 2001


 

Persahabatan


S.A.H.A.B.A.T 


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Sahabat yang baik adalah yang orang yang bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata."


 
Hariz, Anan, Zack

 
 Ikin, Zack, Enol

 Gaya, Ikin, Zack, Enol
Enol



Ikin

Ayu, Ikin, Zack, Enol

  Musa, Hariz, Anan, Zack, Ikin, Alice



Gaya, Ikin, Zack, Enol

Enol, Zack, Ikin 


Kami Buddyzz, kami Takkan Terpisah, In Shaa Allah Amin Amin Amin