Info ringkas tentang pengadil perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012, separuh akhir pusingan ke-2 antara Malaysia vs Thailand tempoh hari :
Nama Penuh : Lee Min Hu
Tarikh Lahir : 14 September 1979
Umur : 33 Tahun
Warganegara : Korea Selatan
Pekerjaan : Guru Bahasa Inggeris
Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005. Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili
oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 perlawanan, dia layangkan 137 kad kuning dan
6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap perlawanan. Rekod
memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.
Database Perlawanan Lee Min Hu 2008-16 Mac 2011
Database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008.
Apakah Lee Min Hu tidak pernah adili perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia? Tidak, dua kali pernah adili. Sekali ketika perlawanan persahabatan antaran Malaysia dengan Australia, kali kedua adalah dalam aksi antara Malaysia dengan Syria.
Semasa mengadili
perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Australia pada 7 Oktober
2011 yang berkesudahan Malaysia tumpas 0-5 kepada Australia.Dalam perlawanan tersebut salah seorang
pemain Malaysia telah tackle Lee Min Hu. Menariknya, pemain Malaysia
tersebut tidak dilayangkan kad kuning atau kad merah.
Dalam perlawan skuad Ong Kim Swee dengan Syria pula, Malaysia tumpas 0-2, tetapi harus diingat dalam perlawanan itu ada 5 kad kuning yang dilayangkan oleh Lee Min Hu.
Kontroversi bukan perkara baru kerana
Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad
merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia
dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun
dipertikaikan oleh media antarabangsa.
No comments:
Post a Comment