Menurut kajian terbaru yang dilakukan oleh Pusat Kajian "Pew Forum on Religion
and Public Life". Anggaran Penduduk dunia mengikut agama utama adalah
seperti berikut :
1-Penganut Agama Kristian - 2.2 bilion iaitu 32 peratus daripada penduduk dunia.
2-Penganut Agama Islam - 1.6 bilion orang.
3-Penganut Agama Hindu - 1 bilion orang.
4-Penganut Agama Buddha - 500 juta orang.
Penduduk Yahudi pula berjumlah 14 juta orang iaitu kira-kira 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.
Kajian itu juga menunjukkan lebih 400 juta orang mengamalkan pelbagai
tradisi lama termasuk tradisi Afrika, kaum asli atau agama dahulu kala.
Kajian demografi di seluruh dunia mendapati, lebih lapan daripada 10
orang iaitu kira-kira 5.8 bilion orang termasuk dalam satu kumpulan
agama.
Pew Forum on Religion and Public Life mengumpul data
berdasarkan saiz dan penyebaran geografi ke atas lapan kumpulan agama
utama termasuk yang tidak mempunyai agama.
*Pew Forum on
Religion and Public Life berkata, kajian itu berdasarkan hubungan
individu dan agama, tetapi tidak mengukur sejauh mana amalan agama oleh
individu tersebut. - AFP
No comments:
Post a Comment