Apabila aku melihat berita di kaca TV mahu pun di Internet mengenai kekejaman tentera Israel melakukan serangan ketenteraan ke atas penduduk Palestin di Tebing Gaza, sungguh menyayat hatiku sampai meleleh air mata. Kenapa orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, dan warga tua yang tidak berdosa menjadi mangsa di atas kezaliman yang dilakukan tentera Zionis. Apakah kesalahan mereka sehingga sanggup dilakukan sebegitu rupa???, sampai ada yang kehilangan ahli keluarga yang tercinta dan tidak kurang juga yang mengalami kecederaan parah selain kerosakan harga benda.
Alasan yang diberikan oleh Pihak Israel adalah untuk mempertahankan dan membalas serangan yang telah dilakukan oleh Pihak Hamas ke atas kepentingan dan wilayah Israel. Terbaru pihak kerajaan Israel telah mengerahkan 75,000 anggota tentera simpanan mereka ke sempadan Tebing Gaza bagi mempersiapkan diri untuk melakukan serangan ketenteraan ke atas kubu-kubu kuat pejuang Hamas.
Umum mengetahui bahawa tempat atau kubu yang telah diserang oleh tentera Israel yang mendakwa bahawa kawasan tersebut adalah kubu-kubu kuat pejuang Hamas yang menjadikan terowong bawah tanah sebagai laluan pejuang Hamas menyeludup senjata dari luar ke Tebing Gaza, adalah sebenarnya merupakan kawasan yang dihuni oleh majoriti orang awam yang menggunakan laluan terowong bawah tanah untuk membawa masuk bekalan makan ke tempat mereka.
Ini bagiku sangat tidak berperikemanusiaan, kerana yang menjadi mangsa ke atas serangan yang dilakukan oleh tentera Israel di waktu subuh itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak berdosa lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Namun yang menjadi tanda tanya kepada diriku adalah, ke mana perginya pemimpin-pemimpin negara Islam yang ada di dunia ini, yang sering kali melaungkan atau mendakwa atau menggelarkan diri mereka merupakan golongan yang memperjuangkan Syiar Islam???. Kenapa semasa saudara seagamanya di bumi Palestin ditindas oleh kekejaman Israel, mereka tidak bersama-sama membela atau mempertahankan hak rakyat Palestin???. Kenapa membiarkan saudaranya di sana berjuang berseorangan tanpa ada bantuan dari masyarakat muslim global sama ada dari segi bantuan ketenteraan mahupun lain-lain jenis bantuan ???. Apakah mereka ini sanggup membiarkan masyarakat Islam itu di tindas oleh orang bukan Islam???.

Melihat kepada situasi berlainan yang berlaku di Malaysia pula. Semasa perhimpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu semalam, penyokong-penyokong kuat parti pembangkang telah melakukan solat hajat bagi mendoakan kejatuhan parti pemerintahan yang juga merupakan saudara seagamanya. Aku menjadi keliru, kenapa umat Islam sesama umat Islam boleh sebegitu rupa jadinya sehingga sanggup mendoakan kejatuhan saudara seagamanya sendiri disebabkan berbeza fahaman politik???.
Adakah mereka ini lebih mementingkan kuasa untuk memerintah berbanding mengeratkan hubungan sesama ummah???. Bukankah Islam itu sendiri mengajar supaya umatnya sentiasa bersatu dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama ummah demi kepentingan agama dan Syiar Islam???.
Alasan yang diberikan adalah kerana rakyat di negara ini ditindas oleh pemerintahan yang zalim. Aku tidak pernah melihat kezaliman yang sebegitu teruk yang telah didakwa oleh parti pembangkang di dalam doa mereka, yang telah dilakukan oleh parti pemerintah sehingga sanggup melakukan solat hajat demi melihat saudara seagamanya jatuh dan binasa.
Disebabkan berlainan fahaman politik, ada pula yang berani
cakap ada Islam jenis A dan B. Nauzubillah min zalik. Yang aku tahu Agama Islam
itu hanya ada satu yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w
untuk disebarkan kepada umat manusia. Cuma yang membezakannya adalah amalan
seseorang orang itu sama ada baik atau buruk.
Sepatutnya, perhimpunan itu digunakan untuk mendoakan supaya Allah S.W.T membantu menyelamatkan bumi Palestin dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin daripada terus di tindas Rejim Zionis.
Bagi aku, apabila umat Islam sesama umat Islam itu bertelagah dan berbalah. Hasil yang dapat dan diperolehi oleh mereka adalah perpecahan ummah, melemahkan Institusi Agama Islam itu sendiri serta menyebabkan Agama Islam itu mudah ditindas dan dihina secara sesuka hati oleh musuh Islam yang sedia maklum ingin melihat kehancuran Syiar Islam di muka bumi ini.
Mungkin bersandarkan kepada faktor ini juga lah, kenapa umat Islam di Palestin itu sendiri sering ditindas oleh Rejim Zionis disebabkan ketidaksefahaman antara pihak Fatah dengan Hamas yang sering bertelagah. Andai kata mereka ini dapat bersatu dan melupakan perbalahan di antara mereka, tidak mustahil mereka mampu menghadapi dan menangkis kekejaman dan kezaliman puak Yahudi ke atas rakyat Palestin.
Fikir-fikirkan lah.....
"Ya Allah Ya Tuhan Ku, Engkau Lindungikan Lah Saudara
Seagama Ku Di Palestin Khususnya Di Gaza Daripada Ditindas Oleh Kekejaman
Tentera Israel Dan Juga Engkau Jauhikan Lah Diri Hamba Mu Ini Daripada Sikap
Suka Mendoakan Kejatuhan Saudara Seagama Ku Sendiri Walaupun Berbeza Pendapat
Dan Pandangan, Kerana Kalau Bukan Aku Sebagai Muslim Yang Harus Mendoakan
Kesejahteraaan Dan Kebahagiaan Hidup Saudara Ku Yang Muslim, Siapa Lagi Ya
Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Agung, Masa Pengasih Serta Maha Penyayang Terhadap
Hamba Mu Ini"...Amin Amin Amin!!!